Memahami kejadian siang malam dan teori matahari terbit daripada barat dengan penjelasan daripada Al-Quran dan saintis barat
وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ دَآئِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ (٣٣
1. “Dan Dia (Allah) telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (QS. Ibrahim 14:33)
2. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri…”[QS. Al-Kahfi:17]
3. “Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
(Surah Ar-Rahman: Ayat 5)
(Surah Ar-Rahman: Ayat 5)
penerangan
Tanpa disedari umat Islam moden, Ibnu Syatir merupakan pelopor kepada Nicolaus Copernicus, yang digelarkan Bapa Falak Moden. Sebenarnya, Ibnu Syatir merupakan insan pertama yang merobohkan teori ini apabila beliau mengkaji lalu membuat pembetulan terhadap teori Ptolemy (Geocentrisme).
Hasil pengamatan Ibnu Syatir terhadap planet-planet seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemui bukti bahawa Bumi bukan pusat peredaran. Sebaliknya, semua planet mengelilingi Matahari. Menurut Ibnu Syatir, ketika jirim langit bergerak dari Timur ke Barat, Matahari pula berubah-ubah ufuk terbit dan terbenamnya sepanjang tahun. Planet pula ada yang muncul dan tenggelam; maka beliau membuat kesimpulan bahawa Bumi dan planet-planet lain beredar mengelilingi Matahari. Manakala Bulan pula mengelilingi Bum
Tetapi Geocentrisme tidak mati. Ia kembali mekar selepas zaman Nasir al-Din dan Ibnu Syatir. Ironi benar, Barat yang fundamentalis menjadi berilmu… Dunia Islam yang berilmu menjadi fundamentalis. Pada hari ini, umat Islam pula diulit masalah kegemparan Barat, yang sudahpun diselesaikan tokoh-tokoh Islam satu masa dahulu.
KESIMPULAN
Kalau dilihat setiap ayat, semuanya ibaratkan menafikan usaha gigih Nasir al-Din dan Ibnu Syatir. Cuma kalau dibaca berkali-kali, jelas terpampang al-Qur’an menceritakan Matahari memiliki orbit… tetapi al-Qur’an tidak menyatakan Matahari mengelilingi Bumi. Diulangi, Matahari tidak mengelilingi Bumi. Orbit Matahari membawa bintang suria ini mengelilingi sebuah lohong hitam besar, iaitu Pusat Bima Sakti.
Teori Matahari Terbit Dari Barat
Kebenaran ajaran Islam terus-menerus dibuktikan oleh penemuan demi penemuan ilmu pengetahuan dan sains. Fakta terbaru yang mengejutkan, posisi kutub bumi bergeser, pertanda matahri terbit dari barat. Seribu empat ratus (1400) tahun yang lalu. Rasulullah SAW sudah menyatakan dalam hadithnya, kelak matahari akan terbit dari barat sebagai bukti keagungan Allah SWT dan ciri-ciri kiamat sudah semakin dekat :
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum sebelum itu"(Riwayat Bukhori dan Muslim dari Abu Hurairah)
Teori 1 : "Retrograde motion" iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Mars
Teori 2 : perlanggaran bumi dengan komet atau planet yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan
Teori 3 : Sebab keadaan bumi yang semakin dekat dengan matahari
PERBANDINGAN TEORI BARAT DAN TEORI BERASASKAN AL-QURAN
Kalau dikaji dengan teliti, teori yang dijelaskan dalam Al-Quran ini agak berbeza berbanding dengan teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan kaitan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak 'nampak' peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang Kedua adalah teori Al-Quran lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal , sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat. Jika berlakunya perlanggaran yang amat dahsyat dengan komet yang besar, maka bumi akan hancur. Sekiranya komet melanggar bumi dari "arah yang berlawanan" ia mungkin akan menambah kelajuan pusingan , sebagai contoh dari 24 jam kepada 10 jam/sehari. Jika bumi berputar pada kelajuan tersebut, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (khatulistiwa) adalah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah , bangunan, tumbuhan , manusia serta binatang .
Jika bumi boleh berputar pada arah berlawanan, komet yang melanggar bumi mesti bergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali putaran bumi iaitu 3,300 km/jam jika sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ia melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan "terbit dari barat"
Yang ketiga , teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kemusnahan yang besar kepada makhluk Allah yang barada di atas bumi Allah. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar seperti bumi akan hancur, maka ini menjelaskan kiamat akan berlaku.
KESIMPULAN
Kesimpulannya , kenyataan daripada teori barat dan teori daripada AL-QURAN diatas jelas menjelaskan bahawa Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja. Teori yang berasaskan AL-QURAN adalah lebih jelas dan mudah difahami jika dibandingkan dengan teori daripada orang barat. AL-QURAN adalah bahan rujukan yang paling sempurna bagi umat manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi samada masalah tersebut tidak tercapai dek akal manusia di muka bumi ini
SUMBER
-aslibumiayu.net
-YOUTUBE.COM
-ENCYCLOPEDIA.COM







No comments:
Post a Comment