Saturday, 27 February 2016

pembuktian

No comments:
sejak dahulu lagi, manusia sudah berusaha untuk terbang seperti burung. Adakah anda kenal 2 orang adik beradik yang cuba untuk terbang?  Mereka sudah tercatat di dalam buku sains sejak kita di sekolah dahulu- Adik beradik Wright ataupun lebih dikenai sebagai Wright brothers! Mereka menggunakan berbagai cara untuk berjaya terbang, dan hari ini kita juga mampu terbang menggunakan kapal terbang.
Umumnya untuk terbang dan terus stabil dalam penerbangan itu, burung menggunakan prinsip Bernoulli- iaitu apabila fluid (cecair atau gas) semakin melaju, tekanan akan merendah dan begitu juga sebaliknya. Di dalam Al-Quran, Allah menceritakan bahawa Allah yang menahan burung daripada jatuh ketika terbang. Apakah maknanya? Adakah kita nampak tangan Allah menahan burung daripada jatuh?
Firman Allah:
“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Mulk; ayat 19)
Perlu kita ketahui bahawa setiap perkara ada yang menciptakannya, termasuklah ilmu fizik yang kita ketahui dan pelajari ini. Bukan sahaja ilmu fizik, malah ilmu kimia, ilmu hisab, dan segala-gala ilmu adalah merupakan ciptaan Allah. Hal ini adalah kerana apabila kita melihat ilmu sains itu sendiri, ia merupakan satu sistem. Sebagai contoh prinsip Bernouilli itu sendiri. Sistemnya adalah: Kelajuan fluid (cecair atau gas) meningkat, maka tekanan merendah. Sememangnya terciptanya sistem itu adalah kerana adanya sebab, dan sebab itu sendiri tercipta kerana adanya sistem, dan begitulah seterusnya, dan semua itu adalah sesuatu yang Allah ciptakan dan merupakan kehendak dan ketentuan Allah. Sama seperti sesuatu organisasi, satu sistem adalah sesuatu keperluan yang dibentuk untuk mengurus sesuatu.

Jadi apabila dikatakan Allah menahan burung daripada jatuh, bagaimana? Jawapannya ialah bahawasanya Allah telah menciptakan burung itu dengan satu bentuk dan keupayaan yang sempurna yang padan dengan hukum fizik yang juga merupakan ciptaan Allah untuk membolehkannya terbang. Malah Allah menciptakan sebegitu bukan sahaja untuk burung, malah untuk seluruh kehidupan dan bahan di muka bumi ini, di angkasa, dan di seluruh alam.

penerangan

No comments:
Begitu juga dengan kenderaan yang kita naiki, sememangnya manusia yang telah mereka dan membuat kenderaan seperti kereta, kapal terbang, kapal dan sebagainya. Namun, pencipta kenderaan yang sebenar-benarnya adalah Allah, kerana hukum sains yang diperlukan untuk menggerakkan kenderaan itu datang daripada Allah.
Allah
berfirman:                                                                                                            
  “Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat; Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.” (Surah Yaasin; ayat 41-42)

Konsep rekaan kenderaan itu agar dapat berfungsi,  semuanya berbalik kepada Allah, kerana Allah yang telah menciptakan otak dan akal manusia, dan manusia kemudiannya telah mempelajari ilmu-ilmu daripada pemerhatiannya daripada alam ciptaan Allah. Oleh itu sebenarnya semua datang daripada Allah.


Pesawat dapat terbang ke udara bukan disebabkan suatu kebetulan

No comments:


pesawat dapat terbang atau berangkat ke udara itu bukan disebabkan suatu kebetulan, tetapi sebuah pesawat dapat terbang disebabkan oleh adanya tekanan yang cukup besar untuk mengangkat badan pesawat ke udara. Hal ini merupakn konsep fizik yang dijelaskan dalam Asas Bernoulli, bahwa semakin cepat kecepatan suatu fluid atau suatu bendalir dari suatu benda maka akan semakin kecil tekanan yang diberikan ke fluid atau bendalir dari benda tersebut, dan juga sebaliknya semakin kecil kecepatan suatu fluid atau bagian dari suatu benda maka akan semakin besar tekanan yang diperoleh oleh benda tersebut. Jadi konsep Bernoulli ini digunakan dalam setiap proses penerbangan sebuah pesawat.






RAJAH 1.2




Melalui rajah 1.2 di atas, kita dapat melihat tekanan yang dikenakan pada bahagian atas iaitu pada bahagian v2 adalah lebih besar berbanding tekanan yang dikenakan pada bahagian bawah iaitu bahagian v1. Tetapi, kita dapat lihat kapal terbang tersebut berada dalam keadaan seimbang . Keseimbangan sesebuah kapal terbang bergantung kepada bentuk pada bahagian kapal tersebut dan bentuk sayap kapal tersebut






Pesawat

No comments:

RAJAH 1.2


Bagian atas sayap dibentuk sedikit melengkung dari pada bagian bawah pesawat yang datar, hal ini menyebabkan kecepatan udara di bagian atas sayap ( v2 ) bertindak, sehingga kecepatan udara di atas sayap lebih besar dari kecepatan udara di bawah sayap ( v1 )yang berada dalam keadaan malar.
Menurut hukum Pascal bahwa tekanan ( P ) sebanding dengan gaya ( F ) dan berbanding terbalik dengan luas benda ( A )

(RUMUS)

Jadi, kerana ada dua daya yang bertindak pada bahagian tersebut,maka 

Konsep fizik

No comments:

Konsep fizik inilah yang digunakan pesawat terbang untuk dapat terbang ke udara. tidak hanya pesawat terbang saja yang menggunakan konsep ini,malah burung juga menggunakan konsep yang sama untuk terbang





Dan kita akan menganggap ketinggian pada bahagian sayap adalah sama,maka ia akan menjadi
 
back to top