Begitu juga dengan kenderaan yang kita naiki, sememangnya
manusia yang telah mereka dan membuat kenderaan seperti kereta, kapal terbang,
kapal dan sebagainya. Namun, pencipta kenderaan yang sebenar-benarnya adalah
Allah, kerana hukum sains yang diperlukan untuk menggerakkan kenderaan itu
datang daripada Allah.
Allah
berfirman:
“Dan satu dalil lagi untuk
mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera
yang penuh sarat; Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang
sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.” (Surah Yaasin; ayat 41-42)
Konsep rekaan kenderaan itu agar dapat berfungsi, semuanya
berbalik kepada Allah, kerana Allah yang telah menciptakan otak dan akal
manusia, dan manusia kemudiannya telah mempelajari ilmu-ilmu daripada
pemerhatiannya daripada alam ciptaan Allah. Oleh itu sebenarnya semua datang
daripada Allah.

No comments:
Post a Comment