sejak dahulu lagi, manusia sudah berusaha untuk terbang seperti
burung. Adakah anda kenal 2 orang adik beradik yang cuba untuk terbang? Mereka sudah tercatat di dalam buku sains sejak
kita di sekolah dahulu- Adik beradik Wright ataupun lebih dikenai sebagai
Wright brothers! Mereka menggunakan berbagai cara untuk berjaya terbang, dan
hari ini kita juga mampu terbang menggunakan kapal terbang.
Umumnya untuk terbang
dan terus stabil dalam penerbangan itu, burung menggunakan prinsip Bernoulli- iaitu
apabila fluid (cecair atau gas) semakin melaju, tekanan akan merendah dan
begitu juga sebaliknya. Di dalam Al-Quran, Allah menceritakan bahawa Allah yang
menahan burung daripada jatuh ketika terbang. Apakah maknanya? Adakah kita
nampak tangan Allah menahan burung daripada jatuh?
Firman Allah:
“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Mulk; ayat 19)
“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Mulk; ayat 19)
Perlu kita ketahui
bahawa setiap perkara ada yang menciptakannya, termasuklah ilmu fizik yang kita
ketahui dan pelajari ini. Bukan sahaja ilmu fizik, malah ilmu kimia, ilmu
hisab, dan segala-gala ilmu adalah merupakan ciptaan Allah. Hal ini adalah kerana apabila kita
melihat ilmu sains itu sendiri, ia merupakan satu sistem. Sebagai contoh
prinsip Bernouilli itu sendiri. Sistemnya adalah: Kelajuan fluid (cecair atau
gas) meningkat, maka tekanan merendah. Sememangnya terciptanya sistem itu
adalah kerana adanya sebab, dan sebab itu sendiri tercipta kerana adanya
sistem, dan begitulah seterusnya, dan semua itu adalah sesuatu yang Allah
ciptakan dan merupakan kehendak dan ketentuan Allah. Sama seperti sesuatu
organisasi, satu sistem adalah sesuatu keperluan yang dibentuk untuk mengurus
sesuatu.
Jadi apabila dikatakan
Allah menahan burung daripada jatuh, bagaimana? Jawapannya ialah bahawasanya
Allah telah menciptakan burung itu dengan satu bentuk dan keupayaan yang
sempurna yang padan dengan hukum fizik yang juga merupakan ciptaan Allah untuk
membolehkannya terbang. Malah Allah menciptakan sebegitu bukan sahaja untuk
burung, malah untuk seluruh kehidupan dan bahan di muka bumi ini, di angkasa,
dan di seluruh alam.
No comments:
Post a Comment